Resepi Kek & Kuih

Homemade Cheesy Wedges

Homemade Cheesy Wedges

Bahan-bahan :
Bahan2 Kentang Wedges

6 biji kentang russet (sebaiknya).. kalau takde guna je kentang yg jenis besar & 1 ¼ cawan tepong beras
¼ cawan tepong jagung
¾ cawan + 2 – 3 sudu air (kalu suka batter cair / guna telur kecil boleh letak 1 cawan air)
1 biji telur gred A
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
½ sudu kecil serbuk jintan manis
½ sudu kecil serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan
1. Cuci kulit ubi kentang hingga bersih. Gunakan span basuh pinggan & sental bersih. Rebus setengah masak. Cara uji kentang.. cucuk dengan garfu… sekiranya kentang tersodok kira2 suku kedalaman kentang.. dah boleh di angkat. (JANGAN SAMPAI KENTANG MASAK SEPENUHNYA YA!) Sejukkan kentang kemudian kentang dipotong wedges kepada 8 bahagian setiap sebiji.
2. Campurkan semua tepong dan bahan2 kering dalam satu bekas. Kacau2 sikit biar sebati dengan whisker. Campurkan air & telur kemudian digaul sebati.
3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Masukkan sebahagian kentang tadi ke dalam batter. Ambil kentang satu persatu & gorengkan kentang ke dalam minyak panas sehingga garing & kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sehingga habis.
4. Sediakan sos keju seperti resepi di bawah. Paipkan di atas kentang yang siap digoreng kemudian paipkan pula mayonis secukupnya. Siap untuk dihidangkan.
Bahan Sos Cheese
Bahan2
200gm cheese slices..yang warna oren guna 10 keping)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar
2 sudu besar sour cream/ yogurt perisa asli
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.
CARA-CARA:
1. Panaskan non-stick pan.Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
2. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
3. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
4. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya. tambah susu segar ssedikit

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s